Masih Menanti... 


Biarpun ianya belum pasti, hati ini terasa syahdu mengenangkan diri ini yang terlalu kerdil. Masih banyak yang perlu ku tempuhi dengan cabaran hidup seorang insan yang mengharapkan sebuah kehidupan yang sempurna. Aku harus kuatkan semangat dan yakinkan diri kerana disisiku punyai satu iktan yang kuat memegangku. Tiada dayaku andai ikatan ini terlepas. Aku amat berpegang kuat pada ikatan janji yang telah ku lafazkan sebelum ini. Aku perlu teruskan hidup ini dan sentiasa berdoa agar aku kembali menjadi insan yang bergelar Khalifah di bumi Allah swt ini....kerna aku HAMBA yang sentiasa mengharapkan keredhaanMu...

Ulasan